Gambar Majlis Berbuka Puasa

Tarikh: 4 September 2009 ( Jumaat)

Tempat: Restoran Terapung- Juru
N 5.30492
E 100.41473

Terlebih dahulu pihak Astra negeri Pulau Pinang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis berbuka puasa
kali ini.
Pihak penganjur juga memohon maaf di atas segala kekurangan yang tidak di sengajakan berlaku di mana pada awal majlis sebahagian lampu mengalami sedikit gangguan.
Walau apapun masalah dapat di atasi sejurus selepas waktu berbuka apabila 9W2UFO turun ke bumi membantu baiki kerosakan.
Tidak di lupakan juga penghargaan terima kasih juga kepada rakan-rakan dari Pengkalan Hulu, Baling, Kulim, Perak Utara, Sungai Petani dan Klang yang turut sama menjayakan majlis kali ini.
















Wajah orang asing di ambil sekitar jam 2pm.






Penyedia makan pada malam tersebut. amacam....?

Kerja baik pulih 9M4RBB

KREW PEMASANGAN SEMULA
REPEATER 9M4RBB DI FREKUANSI
Downlink:145.7375Mhz
Uplink:145.1375 Mhz
Shift:-600
Tone:103.5


9M4RBB-Radio repeater telah diturunkan dan ditamatkan frekuansi 145.750Mhz pada 11/5/2010 pada jam 11.40 pagi oleh 9w2EZE,9w2MTO dan 9W2KBN.

Kerja2 pemasangan semula telah disempurnakan oleh 7 stesyen pada 16/5/2010 tepat jam 10.00 pagi yang diketuai oleh 9W2EZE.

9M4RBB in Box













9W2BZI Ambil kesempatan.....













9W2MTO/PAK SU ISMAIL














9W2PTO/ZUL














SWAL (ZAM)













9W2ICQ/YUSRIZAM














SWAL (SALIM)













Kerja memasang Rptr FreQ.. Baru...
dilakukan oleh 9W2EZE














Seisi Audio Check.....













Naik dan turun menaiki 4X4 dipandu oleh Salim.














&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H Pengurus Astra negeri telah membuat satu keputusan khas untuk naik ke puncak Bukit Bendera bagi kerja-kerja membaik pulih repeater 9M4RBB yang agak sunyi pada sekian ketika.

Rombongan di ketuai oleh 9W2MSD dan di ikuti oleh 9W2UFO, 9W2LLN dan harmonic kepada Pak Din Tasek sendiri yang sama-sama membantu membaiki kerosakan.

Sampai di kaki bukit pun dah jam 5.09 petang, di iringi hujan yang agak lebat (Q5). habis satu badan semua basah, yang tak basah cuma betis kering je satu-satunya tempat yang selamanya kering.

Perjalanan keretapi dari bawah ke pertengahan ialah pada jam 5.45 petang. memandangkan hujan yang cukup lebat, perjalanan keretapi sedikit terganggu akibat landasan yang licin dan pemandu tiada pilihan lain selain untuk memandu pada kelajuan 20km/j

Kerja pembaikan bermula jam 6 petang setelah peralatan seperti bateri di angkut oleh UFO, repeater di galas oleh LLN.

Tepat jam 7.15 petang, barulah audio check dapat di jalankan yang turut di bantu oleh 9W2MDE, 9W2SOB, 9W2STK dan ramai lagi.

Kalau dah time tu masih di atas bukit, bayangkan krew yang terlibat hanya berbuka puasa dengan air milo je...itu je yang sempat beli, kedai dah nak tutup sangat dah masa kami sampai.




Pakat2 langut..
Muka orang posa..

Kotak bateri sedang dipasang.

Tak pasti 9W2UFO
nak naik atau turun
Habis lingkop dikerjakan oleh UFO.. Bateri charger
pulak..penuh ngan telor cicak..

Tau ke dia buat tuu....
Ha...yang ni semua patut kenal 9W2MSD (Pak Din Tasek) yang mana baru sahaja memegang tampuk pengurusan bagi Astra Negeri Pulau Pinang bagi sessi 2009/10.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh 9W2MQ. Baca elok-elok ye cikgu, jangan langkau muka surat sudah la...


Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Cikgu Md khir dan pencatat pada white board oleh Zahirul (9W2EZE) .


Satu-satunya wakil dari daerah Timur Laut, Barat Daya yang hadir pada malam tersebut. Terima kasih pada 9W2GPS (Abg Din) yang sanggup bersusah payah memberi sokongan kepada persatuan.


Gabungan peneraju Astra baru dan lama yang akan bersama-sama mencorak dan mewarnai dunia radio amatur tanahair

Sokongan turut diberikan oleh Setiausaha Majlis Tertinggi Astra 9W2MYR (Cikgu Amin). Yang kat belakang tu ntah la kenapa, mengantuk agaknya...



Bob (9W2BPT) turut hadir. Kalau ada duit lebih-lebih tu jangan lupa salur kepada astra negeri Pulau Pinang.


Tengok tu MQ dah seluk poket, rasa-rasa dia nak bagi duit ke... nak sorok mana saki baki yang ada. Tok megat pulak puas dok pikiag nak balik portable mana lepas majlis ni.


9W2ZTK, 9W2STK, swal (Hamzah) dan ramai lagi dari Kulim yang sudi hadir pada malam tersebut


Jamuan turut di sediakan oleh tuan rumah (Pak Din Tasek) yang diketuai oleh orang lama diberi nafas baru 9W2UFO

"Along, popia ni selagi tak habis hang jangan balik. Bungkus sorry, nak, makan kat sini sampai habis" Abg Halim (9W2HLM)


Ahli di balik tabir yang bekerja kuat membuat pembenihan awan yang dilaporkan masih belum mencukupi. Sumber dari JAS