SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Daripada Pengurusan ASTRA Pulau Pinang

Saturday, December 12, 2009


Buat semua penggemar "FOX HUNT" atau "AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING" (ARDF)

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPMUTM) dengan
kerjasama

Gerakan Belia 4B Kawasan Johor Bahru

dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Selatan

buat julung kalinya akan menganjurkan
"UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010"

Bengkel Asas dan pengenalan Radio Amatur terbuka kepada semua warga ham, serta kepada semua lapisan masyarakat yang ingin menceburi hobi yang berfaedah ini.
Bengkel ini diadakan percuma.

Pameran radio amateur akan diadakan dari pagi hingga ke petang.

Fox hunt akan diadakan pada
Hari Sabtu
30 Januari 2010
bertempat di Tasik UTM

Penyertaan dibuka sekarang sehingga sebelum
16 Januari 2010

Workshop ARDF dan Antenna diadakan pada hari sebelumnya,
29 Januari 2010


Pendaftaran sila rujuk :

link Pendaftaran

Syarat - syarat asas serta yuran penyertaan
sila rujuk :

link Syarat Asas & Yuran penyertaan

Bengkel asas ARDF dan pembikinan antenna
sila rujuk :

link Bengkel Asas Amateur Radio dan ARDF


Hadiah Menarik Menanti Anda !!!

Pengumuman Penuh : click here

Friday, December 11, 2009

Makan Tapai @ Mabuk Tapai...



Sekali lagi ahli Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung (ASTRA) berkumpul bagi mengeratkan lagi Silaturrahim sesama ahli. Majlis kali ini berlangsung di pejabat 9W2MSD- Pak Din Tasek di Bandar Tasek Mutiara Seberang Perai Selatan iaitu majlis 'Makan Tapai' yang diilham dan di realisasikan oleh 9W2HLMserta rakan-rakan lain yang menjadi tunjang kepada majlis kali ini...


9w2kre,9w2msd & 9w2jkr


Rakan Perleh pun Mai pekena tapai puluit...


Tak larat nak berdiri..Pening Tapai vs Nira nipah


9W2PGH,9W2HPL,9W2UFO & 9W2ATZ (duduk)


MPSP pun dijemput.


Kemana aku ada dia pun ada...


dari kiri-9w2ATZ,9W2WP,9W2SID,9W2EZE & 9W2BNA


dah kenyang ler tuu....


Arab kelantan dok pekena sbatang


Mabuk Tapai...kesian...(9W2PDR)


Sessi ber-jabat salam


selepas laloQ tapai..pekena sbatang..

Ucapan terima kasih kepada yang terlibat dalam memeriahkan lagi majlis...semoga kita berjumpa lagi di majlis akan datang....73

Tuesday, November 10, 2009

Sekitar Pameran ASTRA Di Sekolah Keb. Guar Perahu











Sunday, August 30, 2009

Gambar Majlis Berbuka Puasa

Tarikh: 4 September 2009 ( Jumaat)

Tempat: Restoran Terapung- Juru
N 5.30492
E 100.41473

Terlebih dahulu pihak Astra negeri Pulau Pinang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis berbuka puasa
kali ini.
Pihak penganjur juga memohon maaf di atas segala kekurangan yang tidak di sengajakan berlaku di mana pada awal majlis sebahagian lampu mengalami sedikit gangguan.
Walau apapun masalah dapat di atasi sejurus selepas waktu berbuka apabila 9W2UFO turun ke bumi membantu baiki kerosakan.
Tidak di lupakan juga penghargaan terima kasih juga kepada rakan-rakan dari Pengkalan Hulu, Baling, Kulim, Perak Utara, Sungai Petani dan Klang yang turut sama menjayakan majlis kali ini.










Wajah orang asing di ambil sekitar jam 2pm.



Penyedia makan pada malam tersebut. amacam....?

Saturday, August 29, 2009

Kerja baik pulih 9M4RBB

Pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H Pengurus Astra negeri telah membuat satu keputusan khas untuk naik ke puncak Bukit Bendera bagi kerja-kerja membaik pulih repeater 9M4RBB yang agak sunyi pada sekian ketika.

Rombongan di ketuai oleh 9W2MSD dan di ikuti oleh 9W2UFO, 9W2LLN dan harmonic kepada Pak Din Tasek sendiri yang sama-sama membantu membaiki kerosakan.

Sampai di kaki bukit pun dah jam 5.09 petang, di iringi hujan yang agak lebat (Q5). habis satu badan semua basah, yang tak basah cuma betis kering je satu-satunya tempat yang selamanya kering.

Perjalanan keretapi dari bawah ke pertengahan ialah pada jam 5.45 petang. memandangkan hujan yang cukup lebat, perjalanan keretapi sedikit terganggu akibat landasan yang licin dan pemandu tiada pilihan lain selain untuk memandu pada kelajuan 20km/j

Kerja pembaikan bermula jam 6 petang setelah peralatan seperti bateri di angkut oleh UFO, repeater di galas oleh LLN.

Tepat jam 7.15 petang, barulah audio check dapat di jalankan yang turut di bantu oleh 9W2MDE, 9W2SOB, 9W2STK dan ramai lagi.

Kalau dah time tu masih di atas bukit, bayangkan krew yang terlibat hanya berbuka puasa dengan air milo je...itu je yang sempat beli, kedai dah nak tutup sangat dah masa kami sampai.










Sunday, July 26, 2009

Assalamualaikum warga ASTRA
Salam sejahtera untuk semua warga ASTRA Pulau Pinang khususnya dan warga ASTRA amnya.Di harapkan kewujudan blog ini dapat menyampaikan maklumat untuk ahli-ahli sekelian.Semoga kita dapat bersatu di bawah satu Persatuan yang bergerak atas dasar persahabatan dan hobi tanpa perbezaan kedudukan insyaallah.