Sejarah Yang Dilupakan....

CORETAN 9M2AU - Aziz Nor
Sejarah Yang Di Lupakan
Ramai dari antara kita hari ini, terutama sekali bagi mereka yang memiliki lesen radio amatur di era 2001 keatas sudah lupa sejarah silam ..sehingga ada antara Ham pada hari ini mengatakan SWL tidak lagi releven...Sementara itu tidak kurang pula ada yang mengatakan CW pun tidak releven pada abad ini.
Sebelum merdeka radio amatur adalah antara yang pertama memancar rancangan (“programmes”) Kepada orang ramai (‘general public’) sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD pada tahun 1930.
Tiada siapa yang menduga pada ketika itu pancaran Radio menjadi popular. Hari ini hanya segelintir masyarakat yang tahu ujudnya stesyen-stesyen radio, hari ini adalah hasil usaha radio amatur yang lalu. Beberapa kumpulan radio amatur telah menubuhkan persatuan radio amatur iaitu di Perak dan Selangor pada tahun 1947 dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai isyarat panggilan dan terdapat lebih kurang 200 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lesen Kelas A sahaja tidak ada lesen kelas B.
Bagaimana ujudnya Lesen kelas B.
Pada tahun 1982 kalau tidak silap penulis disuatu masyuarat AJK Marts 9M2AV (Avatar Singh) mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Perkara ini tidak mendapat sambutan kemudian di awal tahun 90han. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6meter, 2meter, 70cm dan ketas....Namun beberapa tahun kemudian pihak JTM (JABATAN. TELEKOM MALAYSIA) memberi jawapan Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts merayu agar di bukakan lain2 freq. saperti mana yang mereka pohon. Satelah itu pihak JTM memberi kelongaran menyatakan kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Kemudian Marts sekali lagi merayu. Akhirnya JTM memberikan kelonggaran sekali lagi dimana mereka benarkan bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dgn kuasa pancaran 10Watts sahaja. Dan menyatakan pihak JTM ingin melihat bagaimana Radio Amatur boleh berkelakuan baik dalam mengendalikan peralatan Radio Komunikasi dan mereka menyatakan satelah berpuashati dengan tingkah laku Radio Amatur mereka akan berikan kelonggaran lagi. Atas alasan ini pihak MARTS bersetuju dengan pandangan JTM ini.
Lesen Kelas B di luluskan pada tahun 1996. Satelah lesen kelas B diujudkan pada tahun 1996 hanya lebih kurang 100 lebih orang sahaja yang berdaftar dan tanda panggil 9Ws diberikan kepada pemegang lessen kelas B.
Pada ketika itu Jabatan Telekom Malaysia dipertanggung jawabkan mengawal selia dan mengeluarkan lessen Radio Amatur. Pada tahun 1998 Jabatan Telekom Malaysia di mansuhkan dan digantikan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sejak tahun 1998 sehingga tahun 2001 tidak ada ujian Radio Amatur ini menyebabkan pada ketika itu tidak ada perkembangan RA pada tahun 2001 barulah pihak SKMM ujudkan ujian RAE.
Pada masa yang sama juga ujian CW juga iaitu dari tahun 1998 hingga 2005 tidak diujudkan….dan ini menyebabkan 9Ms callsign tidak bertambah. Alhamdulilah pada penghujung tahun 2005 atas keprihatinan 9M2RS,9M2SZ & 9M2AU mereka telah membuat satu kertas kerja dan melawat Sekolah Latihan Semboyan Sg Besi dan berjumpa beberapa kali dengan pihak SKMM. Maka pada hujung tahun 2005 SKMM mengadakan ujian CW, sejak tahun 2005 hingga lah sekarang ini terdapat lebih dari 100 orang telah lulus ujian tersebut dan ujudlah 9M2xxx ini suatu perkembangan yang baik sehingga kini terdapat lebih dari 8000 orang pemegang AA kelas A & B.
Cukai "Transceiver" Radio Amatur di Hapuskan
Satu lagi perkara yang dilupai oleh generasi Ham pada hari ini ialah pulupusan cukai kastam untuk alat “transceiver” perkara ini juga ramai diantara Ham pada hari ini tidak mengetahui siapakah orang-orang yang telah bekerja keras kearah ini. Mereka ialah 9M2RS, 9M2SS dan 9M2ZA. Pelupusan cukai bermula pada tahun 1996
Ham di tanah air harus berterima kasih pada mereka-mereka ini atas keperihatinan mereka atas semangat perjuangan mereka demi kebaikan seluruh Radio Amatur dimana mereka-mereka ini lah yang memperjuangkan dan menjaga kepentingan Radio Amatur tanah air mereka ini harus di beri penghargaan. Mereka tidak mengira masa dan wang ringgit bagi mereka Radio Amatur adalah menjadi darah daging kehidupan mereka, mereka ingin melihat anak muda yang akan datang menikmati sesuatu yang mereka tidak kecapi selama ini, mereka melaksanakan tugas-tugas mereka dengan tampa mengira masa dan ada ketikanya membelanjakan wang mereka sendiri bagi tujuan kita semua…bukan tujuan peribadi.
JOTA
Apa yang penulis ingat antara orang-orang lama yang membantu pengakap apabila diadakan program JOTA di KL ialah....9M2DS (Aruah Pak Dollah), 9M2GL (Aruah Hj Idris), sementara itu pembatu mereka ketika itu di awal 80han ialah SWL Sharanjit (9W2AA), SWL Wan Johari (9M2WJ) dan SWL Aziz ((9M2AU), sementara di utara pula ialah 9M2FK, Pembantu Pak Eshee pula ialah SWL Saito (9M2SX), 9M2LC, turut terlibat di tahun 90han 9M2MM, 9M2MP (9M2PZ), 9M2MZ, sementara di Melaka pula ialah 9M2WT, sementara di Johor pula 9M2DW (Aruah Dato Tan) di bantu oleh SWL Deen Atan (9M2DA) dan lain-lain lagi yang turut membantu.....maaf saya terlupa nama2 dan isyarat panggil yang lain....Mereka-mereka ini harus kita ucapkan ribuan terima kasih diatas penglibatan mereka dalam mengerakan Radio Amatur di peringkat Nasional.
Suka penulis ingatkan disini juga pada tahun 2003 atau 2004 pihak MARES pertama kali memperkenalkan Radio Amatur kepada Pusat Ko-Korikulum Kementerian Pendidikan. Antara mereka yang terlibat mengendalikan kursus khas Radio Amatur 3 hari dua malam di Pulau Besar ialah 9M2GL dan 9M2AU mereka bersama crew yang lain 9W2DE dan 9W2HZA atas kerjasama mereka ini lahirlah guru-guru kokurikulam yang memiliki Isyarat panggilan mereka sendiri....
Namun amat malang semua nya di lupakan bukan saje mereka ini dilupakan namun lebih ketara ada sebahagian di antara Ham hari ini yang mencela di belakang mereka……Mengapa ada antara kita yang tidak tahu menghargai manusia lain....Apakah ini fomula kehidupan kita........???