Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke-13

Ruj.Kami: astra/SUK/01/10( )
Tarikh: 25 Februari 2010


Notis ini adalah di beri untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA kali ke-13 akan di adakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: Sabtu 20 Mac 2010
Tempat: Dewan SMT Taiping 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran: 9.00 Pagi
Masa Mesyuarat: 10.00 Pagi

Agenda Mesyuarat
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden dan Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012


"BERSAHABAT MELALUI UDARA"

Yang Menjalankan Tugas




(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA






Ruj.Kami: astra/SUK/01/10( )
Tarikh: 1 Mac 2010

Caj Kad Keahlian ASTRA

Jawatankuasa Pengurusan astra telah bermesyuarat pada 24 Februari 2010 telah bersetuju sebulat suara menetapkan bahawa beberapa perkara berkaitan caj kad keahlian. Caj yang di kenakan adalah seperti di bawah:

Permohonan Baru RM5.00
Penggantian kad (hilang, patah , lusuh
dsbnya) RM10.00


Notis dari Setiausaha Kehormat ASTRA
9W2MYR