Ihsan 9M2PRO


NOTIS DARI MCMC

*Dipanjangkan notis daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)*

MCMC ingin memaklumkan semua pengamal radio amatur yang masih belum menerima notis pembaharuan bagi lesen AA yang akan tamat pada 31 Disember 2017 untuk membuat semakan di mana-mana cawangan MCMC yang berdekatan sekiranya notis tersebut masih belum diterima sehingga 15 November 2017. Adalah diingatkan bahawa pembayaran hendaklah dibuat dengan kadar segera sebelum tarikh tamat tempoh AA. Sebarang rayuan selepas tarikh tamat tersebut tidak akan dilayan dan AA tersebut akan terus dibatalkan sekiranya tiada bayaran diterima.

Harap maklum.

MCMC