REPEATER 9M4RBB DI FREKUANSI
Downlink:145.7375Mhz
Uplink:145.1375 Mhz
Shift:-600
Tone:103.5
9M4RBB-Radio repeater telah diturunkan dan ditamatkan frekuansi 145.750Mhz pada 11/5/2010 pada jam 11.40 pagi oleh 9w2EZE,9w2MTO dan 9W2KBN.
Kerja2 pemasangan semula telah disempurnakan oleh 7 stesyen pada 16/5/2010 tepat jam 10.00 pagi yang diketuai oleh 9W2EZE.
9M4RBB in Box
9W2BZI Ambil kesempatan.....
9W2MTO
9W2PTO/ZUL
SWAL (ZAM)
9W2ICQ/YUSRIZAM
SWAL (SALIM)
Kerja memasang Rptr FreQ.. Baru...
dilakukan oleh 9W2EZE
Seisi Audio Check.....
Naik dan turun menaiki 4X4 dipandu oleh Salim.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H Pengurus Astra negeri telah membuat satu keputusan khas untuk naik ke puncak Bukit Bendera bagi kerja-kerja membaik pulih repeater 9M4RBB yang agak sunyi pada sekian ketika.
Rombongan di ketuai oleh 9W2MSD dan di ikuti oleh 9W2UFO, 9W2LLN dan harmonic kepada Pak Din Tasek sendiri yang sama-sama membantu membaiki kerosakan.
Sampai di kaki bukit pun dah jam 5.09 petang, di iringi hujan yang agak lebat (Q5). habis satu badan semua basah, yang tak basah cuma betis kering je satu-satunya tempat yang selamanya kering.
Perjalanan keretapi dari bawah ke pertengahan ialah pada jam 5.45 petang. memandangkan hujan yang cukup lebat, perjalanan keretapi sedikit terganggu akibat landasan yang licin dan pemandu tiada pilihan lain selain untuk memandu pada kelajuan 20km/j
Kerja pembaikan bermula jam 6 petang setelah peralatan seperti bateri di angkut oleh UFO, repeater di galas oleh LLN.
Tepat jam 7.15 petang, barulah audio check dapat di jalankan yang turut di bantu oleh 9W2MDE, 9W2SOB, 9W2STK dan ramai lagi.
Kalau dah time tu masih di atas bukit, bayangkan krew yang terlibat hanya berbuka puasa dengan air milo je...itu je yang sempat beli, kedai dah nak tutup sangat dah masa kami sampai.

1 comment:
Yng dok panjat tu dia boleh buat ke?? Mai dari mana kita pun tak tau...!!!!
Post a Comment